Sungai
merupakan khazanah alam yang perlu dipelihara. Menjaga kebersihan
sungai akan memberikan banyak faedah kepada manusia dan hidupan lain.
Sungai yang bersih akan dapat meningkatkan sektor pelancongan dalam Negara.
Hal ini demikian kerana para pelancong akan teruja untuk menikmati
kebersihan dan keindahan semulajadi sungai kita. Selain itu, sungai yang
bersih membolehkan hidupan air membiak dengan banyak. Secara tidak langsung dapat menambahkan sumber protin kepada manusia.
Sungai yang terpelihara juga dapat membekalkan sistem pengairan yang sempurna kepada manusia terutamanya para petani.
Hal ini membolehkaan para petani menghasilkan tanaman yang subur dan
meningkatkan produktiviti mereka. Sungai yang bersih turut menjadi
pilihan orang ramai untuk mengadakan aktiviti riadah. Pelbagai
aktiviti dapat dijalankan seperti memancing, berenang, berkayak dan
sebagainya. Aktiviti-aktiviti bterssebut dapat melahirkan masyarakat
yang sihat, cergas dan produktif.