MY NAME

IMAD SYAHIR
IIkhlas
MMesra
AAmanah
DDinamik
SSuci
YYakin
AAlim
HHarum
IIdealistik
RRamah
Apa ada pada nama?

waktu solat

Ahad, 17 Jun 2012

CUTI SEKOLAH PENGGAL KEDUA

Pada cuti peggal kedua,saya dan adik-adik saya menunggu cuti itu dengan gembiranya.keluarga ummi hendak buat hari keluarga kat sekayu di Terenganu.kami sungguh gembira dapat berjumpa tuk,bapa dan mak sedara,serta dapat bermain dengan sepupu kami yang ramai itu.Saya tak sabar-sabar nak jumpa dengan afik,aufal,hafiz,udin,al-fath dan lain2.
   Cik dah ,yah da him dan pak andak tidur umah kami,keesokan hari sabtu kami semua bertolak ke umah tok nyang.kami mula sampai.Yang lain datang sudah petang mereka beli barang .alhamdulilah semua dah di umah tok nyang,semuanya rasa gembira dapat berjumpa setelah lama tak dapat bertemu.Kami tidur di rumah tok kat kampug Seberang BSaruh,esoknya bertolak ke Sekayu.seronok,airnya sejuk ,jernih dan nyaman.Kami makan dengan enaknya.kami juga dapat memancing ngan Pok dan Yah Da Him serta sepupu kami.

      Dari Trengganu kami[Amir dan Imad]  balik dengan pak cik Hasan,dok umah dia,gi Putrajaya ,jalan-jalan bersama pak cik Hamdan.suka tengok adik Fateh dan besar.Adik Husna ikut sama.seronok main ngan adik Husna.

      Kami di hantar ke umah cik Dah,Afik dan Aufal pun ada,yang tulah seronoknya.Pening kepala cik Dah nak jaga kami semua.Yang seronoknya cik Dah bawa ke Taman  Botani,Taman tasik.Kami selalu dibawa sembahyang ke masjid negeri.tenang dan aman dok kat sana.

      Tingal ngan cik Dah ,kami mesti belajar dan mengaji.Alhamdulilah dapat juga kami berpuasa sunat,kami di bawa  ke perpustakaan Tun Uda.Baca buku yang menarik.Afik dan Aufal balik awal .
       Saat nak balik ,Cek Ni dan pak cik Yasin bawa kami ke ICT,cik Dah pun ikut serta.kami bermain dengan Amni dan Auni.sejuk kat dalam tu.cantik.....
 
       Kami balik ke pahang dengan pak cik Hamdan...Abuya ambik kat Temerloh,sampai kat Kuantan pukul 8 malam.SERONOK CUTI KALI INI BANYAK PENGALAMAN YANG DAPAT. TERIMA KASIH KEPADA CIK DAH DAN PAK ANDAK,PAK CIK HASAN,PAK CIK HAMDAN  ,PAK TEH RIE,CIK NIEDAN SEMUA YANG TERLIBAT ,KSMI SAYANG SEMUA.

Jumaat, 30 Mac 2012

tentang diri saya

Kali ini saya pula cerita tentang kisah saya.Nama saya Eisya Nur Humaira saya adik kepada Amir&Imad .
Dulu saya sekolah di Tementi umi kena pindah ke Sk  Wira. Semasa saya darjah satu .Saya masuk ke kela1pintar.Saya mempunyai kawan baik iaitu Iffah Ain & Ainin.Kawan saya suka kawan dengan saya sebab saya suka belajar dengan mereka.
Ada daripada salah seorang daripada saya anak cikgu namannya Iffah
            

Sabtu, 4 Februari 2012

Biodata Rasulullah

Nama :Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
  • tarikh lahir :subuh isnin,12 Rabiulawal/ 20 april 571m(dikenali sebagai tahun gajah ;sempena Abrahah menyerang  kota Mekah)
Tempat Lahir:di rumah Abu Talib,Mekah AL-Mukarramah
Nama Bapa:Abdullah bin Abdul Mutalib
Nama Ibu:Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh Pertama:Baraka Al Absyiyyah(digelar Ummu Aiman.hamba perempuan bapa Rasulullah SAW
Ibu Susu Pertama: Thuwaibah(hamba perumpuan Abu Lahab)
Ibu Susu Kedua: Halimatul binti Zuaib As-Sa'diah(lebih dikenali Halimatul As-Sa'diah.suaminya bernama Abu Kabsyah
Ummahat Al-Mukmin
-Khadijah binti Khuwalid
-Saudah binti Zam'ah
-'Aisyah binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
-Hafsah binti'Umar Al Khatab (anak Saidina 'Umar bin Khatab
-Ummi Habibah binti Abu Sufyan
-Hindu binti Umaiyah(digelar Ummi Salamah)
-Zainab binti Jahsy
-Maimunah binti Harith
-Safiyah binti Huyai bin Akhtab
-Zainab binti Khuzaimah(digelar 'Ummu Al-Masakin';ibu orang miskin
anak2 Rasululluh
1.Qasim
2.Abdullah
3.Ibrahim
4.Zainab
5.Ruqaiyah
6.Ummi Kalthum
7.Fatimah Al Zahra'

ADAB NABI KETIKA MAKAN

Sebelum makan,Rasulullah tidak akan pernah lupa berdoa.Sebagai orang islam yang pastinya sudah diajar mengenai iteka dimeja makan,seharusnya mengamalkan akhlak tersebut.Rasulullah juga mengunakan tangan kanan untuk menyuap makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih dahulu.Ketika makanan masih penuh di mulut,kita tidak seharusnya bercakap,ia akan menyebabkan makanan tersembur.

Ahad, 29 Januari 2012

adik dan abang

Pengalaman balik Trenganu ketika raya haji 2011 yang indah,amir dah nak cerita pulak ,lama tak perbaharu blok .yelah adik imad malas nak buat asyik nak main game je.walau gambar yang dipaparkan dah lama tapi taklah basi lagi. 
   
                                                         ini masjid Tengku Tengah Zaharah dikenali masjid terapung
   
Rumah tok kat Seberang Baruh.Kalau kat kampung tak sah tak berhenti kat Losong ,apa lagi pekena keropok losong,enak rasa ikan kaw tau tak



Pagi raya ,makan nasi impit dengan nasi ayam.lepas tu gi rumah tok nyang kat kampung Chepoh Telemong.masa ni tak ingat nak ambik gambar dengan tok nyang.                                                    








Raya ketiga abuya ada masuk korban,pergi umah cek da kat Wakaf Tapai.Masa ni tengok orang sebelih lembu korban.





 Kami ni menonton je,bila tengok lembu sebelih dan dilapah,seram g,tapi dah masak sedap je.













kami balik ke Kuantan selepas korban.Ha...nak cerita,setiap malam abuya bawa kami melihat keindahan bandar Terengganu. Banyak menarik kat terengganu ni.kalau sape-sape tak pernah gi rugilah.


Pantai nya yang mendamaikan,makanan nya enak.walaupun tak menarik tapi sedap.




Sabtu, 29 Oktober 2011

Tanda-tanda kiamat

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"



Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat."

Selasa, 2 Ogos 2011

biadota rasulullah

Nama: Muhammad bin 'Abdulllah bin Abdul Muttalib.

Tarikh lahir: Subuh Isnin,12 Rabiulawal/20 April 571m(dikenali sebagai Tahun Gajah;sempena peristiwa  
tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)

Tempat lahir: di rumah Abu Talib,Makkah Al-Mukarramah

Nama Bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh Pertama: Baraka Al-Absyiyyah(digelar Ummu Aiman hamba perempuan bapa rasulullah saw)

Ibu Susu Pertama: Thuwaibah (hamba perempuan abu jahal)

Ibu Susu Kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah(lebih dikenali Halimah As-Sa'diah.suaminya bernama Abu Kabsyah)

UMMAHAT AL-MUKMIN

- Khadijah binti Khuwailid

- Saudah binti Zam'ah

-' Aisyah binti Abu Bakar(anak Saidina Abu Bakar)

- Hafsah binti 'Umar(anak Saidina'Umar bin Al-Khatab)

-Ummi Habibah binti Abu Sufyan

- Hindun binti Umaiyah(digelar Ummi Salamah)

- Zainab binti Jahsy

- Maimunah binti Harith

- Safiyah  binti  Huyai bin Akhtab

- Zainab binti Khuzaimah(digelar 'Ummu Al-Masakin';digelar ibu miskin

anak-anak  rasululluh saw
1.Qasim

2.Abdullah

3.Ibrahim

4.Zainab

5.Ruqaiyah

6.Ummi Kalthum

7.Fatimah Al Zahrah

Usia enam tahun
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meniggal dunia di Al-Abwa

Usia lapan tahun
Datuknya,Abdul Muttalib pula meniggal dunia

Usia empat puluh tahun
Menerima wahyu di gua Hira'Abdul sebagai perlantikan menjadi nabi dan rasul terakhir zaman

Usia lima puluh tiga tahun
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Abu Bakar Al-Siddiq

Usia enam puluh tiga tahun
Kewafatan Rasululluh saw di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal 11h/8 Jun 623m




Jumlah Paparan Halaman