MY NAME

IMAD SYAHIR
IIkhlas
MMesra
AAmanah
DDinamik
SSuci
YYakin
AAlim
HHarum
IIdealistik
RRamah
Apa ada pada nama?

waktu solat

Jumaat, 10 Mei 2013

10 Keretapi Tercepat dan Tercanggih Di Dunia

1. Siemens Velaro RUS

Top Speed : 175 mph
Kapasitas : 600 penumpang
Negara : Rusia

2. THSR 700T

Top Speed : 186 mph
Kapasitas : 989 penumpang
Negara : Taiwan

3. KTX-I

Top Speed : 190 mph
Kapasitas : 965 penumpang
negara : korea Selatan

4. Eurostar 3313/14

Top Speed : 208 mph
Kapasitas : 750 penumpang
Negara : Inggris

5. ETR 500 Frecciarossa

Top Speed : 225 mph
Kapasitas : 590 penumpang
Negara : Italia

6. AVE Class 103

Top Speed : 251 mph
Kapasitas : 404 penumpang
Negara : Sepanyol

7. Transrapid TR-07

Top Speed : 270.3 mph
Kapasitas : Masih masa percubaan
Negara : Jerman

8. CRH380AL

Top Speed : 302 mph
Kapasitas : 600 penumpang
Negara : China

9. TGV V150

Top Speed : 357 mph
Kapasitas : Masih masa percobaan
Negara : Prancis

10. JR-Maglev MLX01

Top Speed : 361 mph
Kapasitas : Masih masa percubaan
Negara : Jepang



Ahad, 28 April 2013

ke destinasi yang ku minati,KELANTAN

 Perjalanan kali kami terokai dengan menaiki keretapi.bermulanya pukul 11 malaqm kami bertolak dari desa jelawat bera ke stesen keretaapi mentakab.Suasana yang menyeronokkan ini tak dapat kami bayangkan,lama kami idamkan untuk naik kenderaan ini,Abuya bersetuju,waktu ini cuti panjang abuya,kami dan ummi terpaksa ambik cuti 2 hari.Pukul 2 pagi kami menaiki keretapi senandung wau,ummi dan yang perempuan naik kelas premier standard.ok juga bilik ada katil bertingkat.Adik umar terkejut juga,sebab bunyi kuat,tapi tidur juga,sebab letih.abuya ,amir dad imad dok kelas superior,oklah macam naik bas.


tak sabar nunggu keretapi,baru bangun tidur
ni lah kami waktu naik keretapi malam,ngantuk wei....
 Sampai  kat tumpat pukul 10.30 pagi,kami abik kereta sapu pergi rumah tumpangan ,dekat ngan pengkalan kubur.berehat je...kami meronda -ronda bandar tumpat 
 







gaya waktu pagi dalam keretapi,macam kat rumah pulak budak
















Sabtu, 16 Februari 2013

SYAIR IMAM SYAFIE Sebelum Beliau Meninggal Dunia

DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir ditempat Imam Muzani menziarahinya itu.                                




Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?

Renungankan bersama...


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

PENJELASAN USTAZ AZHAR IDRUS HUKUM CIUM MULUT DENGAN COUPLE


Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Hukum Cium Mulut Dengan Couple. Tahniah kepada individu yang berani bertanyakan mengenai isu ini. Apapun  semua dah maklum bahawa haram bercium mulut dengan pasangan yang belum lagi mempunyai ikatan perkahwinan.





SUMBER:
                                                          http://scaniaz.blogspot.com

TARIQ IBN ZIYAD

Pengenalan

Tariq ibn Ziyad (Bahasa Arab: طارق بن زياد‎) merupakan seorang pemuda kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika. Beliau dianggap seorang panglima penting dalam sejarah Iberia. Di bawah perintah khalifah Umayyah Al-Walid I, beliau mengetuai tentera dari pantai utara Maghribi yang menakluk Iberia ataupun Hispania. Meninggal dunia pada tahun 720 M. Di negara Sepanyol namanya menjadi lagenda sehingga beliau digelar 'Tariq el Tuerto' yang bermaksud Tariq Bermata Satu[1]

Kerjaya

         Pada peringkat awal kerjayanya Tariq merupakan timbalan kepada ketua panglima Islam iaitu Musa ibn Nusair ketika tentera Islam membina benteng pertahanan di utara Afrika. Namanya menjadi terkenal selepas Musa menghantar beliau ke semenanjung Iberia (kini Sepanyol dan Portugal).
Atas kejayaannya menewaskan tentera Visigoth, beliau dilantik oleh khalifah sebagai gabenor di daerah Hispania. Selepas beberapa tahun mentadbir wilayah tersebut, Tariq dipanggil untuk pulang semula ke Damsyik atas arahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik.

Tindakan di Hispania

         Atas perintah Musa ibn Nusair, Tariq berjaya menyebarkan Islam di negara Sepanyol dan seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah.
Tentera Tariq yang terdiri daripada 7000 orang mendarat di Gibraltar, dan dikatakan Musa menghantar 5000 orang tentera lagi bagi memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.[2]. Bagi menghadapi ancaman Tariq, raja Visigoth, Raja Roderic, dikatakan telah mengumpulkan tentera seramai 100,000 orang.[3]. Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku di Sungai Guadalete itu, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth dan seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah
Dikatakan bahawa ketika pertama kali mendarat di pantai semenanjung Iberia, Tariq mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal, akan tetapi kisah ini mungkin legenda oleh sejarawan terkemudian.[4] Sebelum bertempur dicatatkan bahawa Tariq menyampaikan sebuah ucapan yang masyhur kepada tenteranya. Sebahagian ucapannya berbunyi:[5]
"Wahai pahlawanku, ke mana akan kau lari? Laut di belakangmu, di hadapanmu musuh. Hanya harapan keberanian dan ketabahan ada bersamamu. ... Amirul Mukminin, Alwalid bin Abdalmalik, memilihmu daripada kalangan pahlawannya untuk melakukan serangan ;...Satu-satu hasil yang dikehendakinya ialah supaya kalam Allah [(SWT)] dijunjung di tanah bertuah ini, dan agama benar ditubuhkan disini..."
Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau Gibraltar.


sumber:WIKIPEDIA

PROJEK GERGASI KERETAPI LAJU MEKAH MADINAH

PROJEK KERETAPI HALAJU TINGGI AL HARAMAIN IALAH PROJEK YANG KINI DALAM PEMBINAAN DI ARAB SAUDI.

IA ADALAH PROJEK SENPANJANG 450 KILOMETER YANG MENYAMBUNGKAN KOTA SUCI MEKAH DAN MADINAH.

TUJUAN DIBINA BAGI MEMUDAHKAN UMAT ISLAM BERGERAK KETIKA MENGEJARKAN IBADAH HAJI & UMRAH.





SELAIN BERHENTI DI MEKAH DAN MADINAH,KERETAPI HALAJU INI AKAN BERHENTI DIJEDDAH DAN JUGA RABIGH.
 
KOS PEMBINAAN DIANGGARKAN MENCECAH  USD 10.7 BILION (33.4 BILLION).




SEBANYAK 46 BUAH GERABAK KERETAPI TALGO 350 KELUARAN SEPANYOL BAKAL DIGUNAKAN DAN IANYA AKAN BEROPRASI PADA KELAJUAN 360 KILOMETER SEJAM.

DIJANGKAKAN  TIGA JUTA PENUMPANG AKAN MENAIKI SISTEM KERETA API HARAMAIN SETIAP TAHUN.

DIJANGKAKAN AKAN SIAP PADA 2014




DIJANGKAKAN BILA SIAP NANTI  PERJALANAN DARI JEDDAH KE MEKAH HANYA AKAN MENGAMBIL MASA KURANG  SETEGAH JAM.MANAKALA PERJALANAN DARI JEDDAH KE MADINAH HANYA AKAN MENGAMBIL MASA 2 JAM





HEBATKAN.

SUMBER:
http://mynewshub.my

Khamis, 24 Januari 2013

PENGALAMAN DI CAMERON HIGHLANDS

                     PADA CUTI SEKOLAH INI (2012) KAMI SEKELUARGA PERGI KE CAMERON HIGHLANDS.



   Dua hari di Cameran sungguh mnyeronokan,Kami tak pernah pergi lagi,abuya janji nak gi tapi tak lepas2,Tahun ni dapat juga pergi ,itupun hari keluarga tempat kerja Ummi,yang penting dapat juga kami melihat keindahan ciptaan Allah.Dalam perjalanan yang menarik,selama ini kami 5 beradik suka bergaduh ,kali ni tidak,sebab nya abuya pesan kalau kami gaduh ,lain kali kami tidak merasa berjalan -jalan .ala...sedih le. 
















 Tapi bila dah sampai sana ,rasa sedih ,bila lihat banyak hutan2 sudah digondolkan,semua nak wat bertani,semua tahuAllah jadi kan gunung adalah utk menjadi pasak bumi,alam sekitar pun tak terjaga,patutlah banyak berlaku tanah runtuh,banjir kilat.Dah akhir zaman ,dunia pun tak terjaga lagi.Kita ni menunggu saat  aje.

Tambah kapsyen
    Tak pe ,yang penting ada juga rasa seronok nya.Nak makan buah strawberi ,rasa sejuk ada juga.Tak payah nak berkipas,Kami gi bulan 11 ,hujan je...yang tu tak kesah,kami tetap rasa keseronokannya .petang kami sampai ada pasat malam ,mujurlah tempat penginapan dekat pasar malam,kami jalan kaki .senang tak yah nak cari parkin..Banyak Abuya beli makanan,ummi tak dapat gi,adik umar nak tidur.Apartment kami kat Brinchang.

           Pasar malam
  Esok nye,kami gi taman rama-rama,Bee farm,menarik juga,ada juga beli madu,ok....yang ori kan.Banyak juga serangga yang kami tak pernah kami,boleh kami nengok.indahnya ciptaan Allah,Subhanallah.Kami juga pergi kat kilang Boh.lihat pemeroses teh ,kadang terfikir juga ,nak memetik tu naik bukit ,aduh letihnye,kami panjat bukit tu tanpa bawa ape2 pun rasa letih.Ala bisa tega biasa.nak cari rezki halal buat je.
 Ladang Tea Boh








   Kami balik singgah kat bandar Raub,makan kat restoran makanan segera,sempatlah kami main2.lewat juga sampai kat umah.puas semua,Tahun Depan GI mane pulak?

Jumlah Paparan Halaman