MY NAME

IMAD SYAHIR
IIkhlas
MMesra
AAmanah
DDinamik
SSuci
YYakin
AAlim
HHarum
IIdealistik
RRamah
Apa ada pada nama?

waktu solat

Sabtu, 16 Februari 2013

TARIQ IBN ZIYAD

Pengenalan

Tariq ibn Ziyad (Bahasa Arab: طارق بن زياد‎) merupakan seorang pemuda kaum Barbar yang berasal dari tanah Afrika. Beliau dianggap seorang panglima penting dalam sejarah Iberia. Di bawah perintah khalifah Umayyah Al-Walid I, beliau mengetuai tentera dari pantai utara Maghribi yang menakluk Iberia ataupun Hispania. Meninggal dunia pada tahun 720 M. Di negara Sepanyol namanya menjadi lagenda sehingga beliau digelar 'Tariq el Tuerto' yang bermaksud Tariq Bermata Satu[1]

Kerjaya

         Pada peringkat awal kerjayanya Tariq merupakan timbalan kepada ketua panglima Islam iaitu Musa ibn Nusair ketika tentera Islam membina benteng pertahanan di utara Afrika. Namanya menjadi terkenal selepas Musa menghantar beliau ke semenanjung Iberia (kini Sepanyol dan Portugal).
Atas kejayaannya menewaskan tentera Visigoth, beliau dilantik oleh khalifah sebagai gabenor di daerah Hispania. Selepas beberapa tahun mentadbir wilayah tersebut, Tariq dipanggil untuk pulang semula ke Damsyik atas arahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik.

Tindakan di Hispania

         Atas perintah Musa ibn Nusair, Tariq berjaya menyebarkan Islam di negara Sepanyol dan seterusnya sebagai perintis pembukaan Islam di Eropah.
Tentera Tariq yang terdiri daripada 7000 orang mendarat di Gibraltar, dan dikatakan Musa menghantar 5000 orang tentera lagi bagi memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.[2]. Bagi menghadapi ancaman Tariq, raja Visigoth, Raja Roderic, dikatakan telah mengumpulkan tentera seramai 100,000 orang.[3]. Tariq berhadapan dengan tentera Kristian Visigoth dalam pertempuran yang dikenali sebagai Pertempuran Guadalete. Dalam petempuran yang berlaku di Sungai Guadalete itu, Tariq dan tenteranya berjaya menewaskan tentera Visigoth dan seterusnya membina tapak perkembangan Islam di Eropah
Dikatakan bahawa ketika pertama kali mendarat di pantai semenanjung Iberia, Tariq mengarahkan para tenteranya membakar semua kapal, akan tetapi kisah ini mungkin legenda oleh sejarawan terkemudian.[4] Sebelum bertempur dicatatkan bahawa Tariq menyampaikan sebuah ucapan yang masyhur kepada tenteranya. Sebahagian ucapannya berbunyi:[5]
"Wahai pahlawanku, ke mana akan kau lari? Laut di belakangmu, di hadapanmu musuh. Hanya harapan keberanian dan ketabahan ada bersamamu. ... Amirul Mukminin, Alwalid bin Abdalmalik, memilihmu daripada kalangan pahlawannya untuk melakukan serangan ;...Satu-satu hasil yang dikehendakinya ialah supaya kalam Allah [(SWT)] dijunjung di tanah bertuah ini, dan agama benar ditubuhkan disini..."
Kerana kehebatannya, sebuah bukit diabadikan atas namanya iaitu Jabal At-Tariq atau Gibraltar.


sumber:WIKIPEDIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman